Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM56.00
Enam Angka Menjelang Dua PUluh Lima | Enam Angka Menjelang Disember | money Stories PREORDER
Price RM56.00
Product SKU KOMBO-enam-angka
Brand Others
Availability In Stock
Quantity
Description

PREORDER
DIJANGKA SHIP OUT 17 OKTOBER
SIAP PRINT 15 OKTOBER


“Buku-buku terkenal seperti Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki dan Jutawan Dari Planet Jupiter karya Azizi Ali adalah antara buku-buku kewangan yang bagus untuk permulaan. Lalu apabila Azraei Muhamad, anak muda kelahiran Pahang ini menghasilkan buku beliau Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, saya mula tertarik dengan usaha ini. Perkongsian perjalanan kewangan beliau sejak dari sekolah membantu generasi sebaya beliau untuk turut sama mengamalkan budaya hidup berhemat untuk pengurusan kewangan yang lebih sihat.

 

Azraei Muhamad menekankan tentang kepentingan peranan kedua ibu bapanya yang telah menerapkan minat menyimpan duit sejak dari kecil sebagai satu faktor utama dalam pembentukan diri beliau. Cakna kewangan sejak usia 7-8 tahun menjadikan beliau seorang yang lebih celik wang apabila meningkat dewasa. Ini terbukti apabila beliau mampu menepis dugaan dan godaan ‘shiny things in a shiny world’ ketika usia remaja yang menjerumus masyarakat ke arah budaya berbelanja yang tidak sihat —boros dan tidak menyimpan wang untuk masa depan. Budaya hedonisme ini yang akhirnya menjadikan kita terperangkap dalam masalah kewangan yang membelenggu hidup.

 

Menyambung perjalanan kewangan beliau, Enam Angka Menjelang Disember pula saya kira amatlah bagus untuk anak muda yang mula melangkah fasa seterusnya dalam hidup bersedia dengan cabaran yang menanti. Alam pekerjaan dan realiti kehidupan yang lebih luas akan memerlukan lebih banyak komitmen wang. Kisah beliau yang hampir kecundang dengan kesilapan kewangan (financial mistakes) boleh menjadi satu pengajaran yang bagus untuk kita semua untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman.

 

FAQ:

1. Buku mana perlu saya baca dulu

- Jawapan : Buku enam angka  menjelang 25 dulu.

Anda mungkin berminatMore