Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM68.00
Kombo Men and Woman
Price RM68.00
Product SKU kombo-relationship
Points Needed 6800
Availability In Stock
Quantity
Description

Sinopsis

Manusia diciptakan hidup berpasangan antara lelaki dan perempuan. Kehidupan berpasangan ialah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Oleh itu, peribadi dan perangai berbeza antara lelaki dan perempuan. Kombo ini menceritakan bagaimana kita ingin mengenali pasangan kita supaya kita dapat mengelakkan selisih faham antara satu sama lain.

 

WHY MEN DON'T LISTEN WOMEN & CAN'T READ MAPS: EDISI BAHASA MELAYU

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung

  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian

  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta

  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan

  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri

  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja

  • Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar

  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa

  • Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik

 

Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

 

Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini 

Pada suatu masa dahulu, orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia, iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza.

Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi, dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Men Are from Mars, Women Are from Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

 

"Jarang sekali kita berjumpa dengan buku bukan fiksyen yang membuatkan kita tidak mampu meletakkan buku sebelum habis membaca. Tetapi John Gray berjaya menghasilkannya." - Susan Page 

".. panduan terbaik bagi memahami hubungan suami isteri." - Harold Bloomfield

 

What's in the box

kombo ini mengandungi tajuk-tajuk:

1) WHY MEN DON'T LISTEN WOMEN & CAN'T READ MAPS: EDISI BAHASA MELAYU

2) Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini

Anda mungkin berminatMore