Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM20.00
KOMBO: Nasihat Buat Hati
Price RM20.00
Product SKU kombo-nasihat-buat-hati
Brand PTS
Points Needed 2000
Availability In Stock
Quantity
Description

Tajuk : KOMBO: Nasihat Buat Hati

ISBN : kombo-nasihat-buat-hati

Format : Softcover

Berat : 0.32 kg

 

KOMBO: Nasihat Buat Hati merangkumi dua buah buku iaitu:

1. Nasihat Buat Hati
2. Nasihat Buat Diri

 

 - Nasihat Buat Hati

Siapa yang sedang marah, yang rasa tak tenang, hatinya gundah gulana, carilah masa untuk dapatkan dan beli buku ini. Buku ini betul-betul bercakap tentang pembersihan hati. Orang yang baik tak mengutuk orang lain adalah orang yang hatinya baik. Orang yang boleh bercakap dengan sopan dan beradab adalah orang-orang yang hatinya baik yang datang dari keluarga yang hatinya baik.


Sinopsis

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

 

5 Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin Yang Boleh Dijadikan Pedoman

 

1. Pesanan buat penuntut ilmu

Penuntut ilmu perlu ada pen, kertas ataupun buku catatan. Kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajarkan oleh guru adalah penting.

Kata imam As-Syafie, “Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah.”

 

2. Orang Alim VS Orang Jahil

Hanya Allah swt yang tahu isi hati hamba-hambanya. Jangan ada dalam kalangan kita yang berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

“Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.”

 

3. Bekalan menuju akhirat

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Kehidupan manusia di dunia begitu pendek dan seketika apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.

“Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat.”

 

4. Berfikiran jauh adalah sikap seorang dai

Susah untuk kita mencari dalam mana-mana hadis, Nabi Muhammad saw membenci golongan kafir atau mencela mereka. Ini menunjukkan cara bijak Nabi dalam berdakwah. Bukan dengan cara membenci mereka.

“Kita perlu berurusan dan berakhlak dengan peribadi yang baik kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka menyayangi kita ataupun tidak. Jangan hanya memilih untuk berbuat baik dengan mereka yang kita sukai sahaja, manakala yang selainnya tidak pula diendahkan.”

 

5. Jangan menyusahkan orang lain

Dari kecil kita diajar untuk tidak menyusahkan orang lain jika ada apa-apa masalah. Dan jangan bergantung kepada manusia.

“Pinta daripada Allah swt, jangan terbiasa membebankan orang lain. Bimbang lama-kelamaan terhakis sifat dan rasa malu dalam diri. Cubalah untuk tidak meminta-minta dalam apa sahaja perkara, kecuali apabila diri sudah berada dalam keadaan yang begitu membebankan.”

 

 

- Nasihat Buat Diri

"Harun difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.

Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak iu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.

Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.

Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu."

Ini adalah buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. Buku berbentuk motivasi ini ditulis oleh Nur Mohamad Adli Rosli. Kesemua kandungannya didapati dari kebanyakan kuliah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Buku ini mengumpulkan 40 nasihat, merupakan kesinambungan dari judul bestseller: Nasihat Buat Hati.

Adli Rosli adalah pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 25 Mei 1990. Beliau bergiat aktif dalam penganjuran majlis-majlis Talaqqi juga dilantik sekarang ini sebagai Pengerusi Majlis Ta’lim An-nur, iaitu sebuah organsasi pengajian kitab-kitab agama di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy.

Anda mungkin berminatMore