Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM64.00
KOMBO STRONG & HAPPY MOTHERS
Price RM64.00
Product SKU kombo-strong-mothers
Brand PTS
Points Needed 6400
Availability In Stock
Quantity
Description

The 10 Habits of Happy Mothers: Edisi Bahasa Melayu 

Sekiranya kita sanggup bersusah payah menolak lapan kilogram tembikai melalui bukaan sebesar lapan inci, kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahukan. Apa sahaja.”

 

Kita akan belajar 10 tabiat baru yang membawa keseronokan, ketertiban, dan ketenangan dalam hidup kita semula.

 

 

 

Rahsia Ibu Gembira Dalam The 10 Habits of Happy Mothers

Setiap ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Keinginan untuk menjadi ibu yang hebat adalah matlamat yang mulia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bergelar ibu supaya anak-anak mereka berjaya pada masa hadapan.

Namun, terdapat segelintir ibu mula mengeluh dan menganggap diri mereka telah gagal apabila harapan sejak dulu untuk anak-anak mereka tidak tercapai. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti daripada golongan ibu di negara kita berharap anak-anak mereka akan menjadi seorang doktor. Hakikatnya, apabila semua orang menjadi doktor, bagaimana pula dengan pelukis, pemandu bas, posmen dan yang lain?

Golongan ibu perlulah sedar dan ambil serius mengenai perihal ini bahawa setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Memadai mereka menjadi insan yang memberi sumbangan kepada masyarakat ketika dewasa kelak dan tidak menjadi ‘sampah masyarakat’. Namun begitu, latihan dan pusat penyebaran ilmu untuk menjadi seorang ibu tidak wujud di universiti dan juga di institusi pendidikan yang lain.

Oleh itu, PTS baru sahaja menerbitkan sebuah buku terjemahan bertajuk The 10 Habits of Happy Mothers tulisan Meg Meeker, M.D. untuk membantu golongan ibu agar menjadi ibu yang cemerlang. Berikut antara sebab buku ini dapat dijadikan manual ibu hebat:

 

Strong Mothers Strong Sons: Edisi Bahasa Melayu 

Tajuk: ​Strong Mothers Strong Sons: Edisi Bahasa Melayu

ISBN: 978-967-481-453-3

Penulis : Meg Meeker

Terjemahan: Fatimah Rodhiah

Penerbit : PTS Publishing House

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 569

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.73 kg

Dimensi (cm): 22.8cm x 15.2 cm x 2.7 cm

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “

Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak.

Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.

 

ISI KANDUNGAN

Dedikasi

Penghargaan

Perihal Pengarang

Bab 1: Ibu adalah Cinta Pertama Anak

(Tetapi Jangan Beritahu Dia)

Bab 2: Berikan Dia Kosa Kata Emosi

Bab 3: Dia Bersiap Siaga untuk Berperang (Kita Musuh yang akan Diserang)

Bab 4: Ibu adalah Rumahnya

Bab 5: Berkawan Baik dengan Tuhan

Bab 6: Hadiahkan Ketajaman Akal

Bab 7: Ibu adalah Talian Hayat Anak kepada Bapanya

Bab 8: Ibu VS Seks

Bab 9: Kebijaksanaan dan Tanggungjawab: Dua Sifat Hebat Diwarisi daripada
Ibunya

Bab 10: Lepaskan Dia Pergi (Supaya Dia akan Kembali)

  • Pengarang seorang pakar kanak-kanak yang berpengalaman iaitu lebih 20 tahun dalam kariernya. Beliau juga seorang ibu hampir selama 30 tahun. Beliau juga telah mendengar pelbagai kisah daripada ibu-ibu. Oleh sebab itu, beliau sudah pakar dalam selok-belok keibuan yang boleh dijadikan panduan kepada orang lain.

 

  • Pengarang memberi kefahaman yang rapi dalam penilaian diri sebagai seorang ibu kepada pembaca. Pengolahan ayat yang ditulis dalam buku ini menjadi begitu dekat diri pembaca. Bukan itu sahaja, disebabkan pengarang menemubual dengan ramai ibu, pengarang telah menemui kaedah keibubapaan yang betul dalam pendidikan anak-anak.

 

  • Penulis begitu sangat yakin bahawa pembaca pasti berasa sangat bangga dan bersyukur selepas membaca buku ini. Di dalamnya, pembaca akan mengetahui dengan lebih jelas berkenaan kuasa yang ada pada seorang ibu dan ketahuilah bahawa kuasa ini tidak ada pada orang lain. Bagaimanakah kuasa seorang ibu sehingga mampu membuatkan anak-anak memerlukannya sebagai insan yang paling penting dalam hidup.

 

  • Seorang ibu juga ingin bersosial dengan rakan-rakannya seperti manusia lain. Rakan sekerja menjadi tempat mencurahkan perasaan berkenaan masalah dalam rumah tangga. Namun untuk menjadi ibu yang cemerlang, adakah seorang ibu hanya memberi fokus kepada tanggungjawab pada keluarga masing-masing sehingga abaikan rakan-rakannya di luar? Pembaca akan mendapatkan jawapannya di dalam buku ini kerana pengarang telah berkongsi tip pengurusan masa untuk sosial bersama rakan persatuan dan pengurusan masa terhadap keluarga.

 

Sesungguhnya menjadi seorang ibu adalah amanah. Penulis syorkan bahawa buku ini amat sesuai kepada ibu dan bakal ibu untuk membina rumahtangga yang harmoni. Jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dengan anda!

What's in the box

The 10 Habits of Happy Mothers: Edisi Bahasa Melayu  x 1

Strong Mothers Strong Sons: Edisi Bahasa Melayu x 

Anda mungkin berminatMore