Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM68.00
KOMBO THE ADVENTURES OF SHERLOCK HOLMES
Price RM68.00
Product SKU kombo-adventure-sherlock
Brand PTS
Points Needed 6800
Availability In Stock
Quantity
Description

SINOPSIS

 

Tajuk: KOMBO THE ADVENTURES OF SHERLOCK HOLMES 
ISBN: kombo-adventure-sherlock
Penerbit: Penerbit X, Open Bridge Publication

Penulis: Sir Arthur Conan Doyle
Tahun Terbitan: 2020
Kuantiti buku: 3

Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.795
Dimensi (cm): 18.4 cm x 11.7 cm x 6.7 cm 

 

KOMBO SHERLOCK HOLMES mengandungi 3 buah buku iaitu:

1. The Adventures of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu

2. The Memoirs of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu

3. Sherlock Holmes: The Hound of the Baskervilles - Edisi Bahasa Melayu

 

1. Sherlock Holmes: The Hound of the Baskervilles 

Dr. Mortimer menemui Sherlock Holmes, meminta bantuan penyiasat terkenal itu untuk melindungi waris terakhir keluarga bangsawan Baskervilles, iaitu Sir Henry Baskerville, daripada ancaman maut anjing puaka yang menghantui keluarga itu selama beratus tahun. Anjing puaka itu, yang menurut penduduk desa bersaiz amat besar daripada anjing pemburu biasa, dengan mata dan mulutnya yang memancarkan api telah menyebabkan kematian Sir Charles Baskerville, bapa saudara Sir Henry tidak berapa lama sebelum itu.

 

Sherlock Holmes meminta Dr. Watson mengiringi Sir Henry dan Dr. Mortimer pulang ke kawasan mur di Devonshire, di mana terletaknya Rumah Besar Baskerville, sementara dia sendiri sedang menyiasat satu kes di Baker Street. Dr. Watson mendapati kawasan mur itu amat menyeramkan, dan beberapa kali telah mendengar bunyi aneh yang menakutkan. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang misteri, bersembunyi di kawasan paya berbatu yang sunyi itu, sentiasa mengintai ke arah Rumah Besar Baskerville. Mungkinkah kes ini melibatkan makhluk ghaib? Mungkinkah benar ada anjing dari neraka mendiami kawasan mur itu dan memburu ahli keluarga Baskerville?

 

The Adventures of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu 

Sir Arthur Conan Doyle mencipta watak Sherlock Holmes pada tahun 1886, dan telah menulis sebanyak 56 cerita pendek dan empat buah novel berkenaan watak penyiasat terkenal di dunia ini.

Jilid The Adventures of Sherlock Holmes ini merupakan terbitan ketiga selepas A Study of Scarlet (Penyiasatan Benang Berdarah) dan The Sign of the Four (4 Pemburu Harta). 

The Adventures of Sherlock Holmes ini pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892. Ia mengumpulkan 12 cerita pendek yang sebelum itu pernah diterbitkan dalam The Strand Magazine, bermula dari Julai 1891 hingga Jun 1892.

  1. Skandal di Bohemia
  2. Liga Kepala Merah
  3. Misteri Identiti
  4. Misteri Lembah Boscombe
  5. Lima Butir Biji Oren
  6. Lelaki Bermulut Herot
  7. Misteri Delima Biru
  8. Misteri Pita Berbintik
  9. Misteri Ibu Jari Jurutera
  10. Pilu Seorang Bangsawan
  11. Misteri Mahkota Permata Beril

The Memoirs of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu

Jilid The Memoirs of Sherlock Holmes ini mula diterbitkan pada lewat tahun 1893, menjadi jilid kedua yang mengumpulkan kisah-kisah pendek penyiasatan Sherlock Holmes selepas The Adventures of Sherlock Holmes. Kesebelas cerita ini pada asalnya diterbitkan dalam The Strand Magazine, bermula dari Disember 1892 hingga Disember 1893. Sir Arthur Conan Doyle pada awalnya bercadang menamatkan kisah penyiasatan Sherlock Holmes dengan membunuh karakter ikonik ini dalam episod Masalah Terakhir dalam jilid ini.

Jilid ini mengumpulkan tiga siri yang pernah diterbitkan secara berasingan iaitu:

  1. Sherlock Holmes: Silver Blaze, Wajah Kuning, Kerani Broker Saham & ‘Gloria Scott’ - Edisi Bahasa Melayu
  2. Sherlock Holmes: Ritual Keluarga Musgrave, Teka-Teki Reigate, Lelaki Berbadan Bongkok & Pesakit Jalan Brook- Edisi Bahasa Melayu
  3. Sherlock Holmes: Jurubahasa Yunani, Perjanjian Perkapalan & Masalah Terakhir - Edisi Bahasa Melayu-

Isi kandungan:

  1. Silver Blaze
  2. Wajah Kuning
  3. Kerani Broker Saham
  4. ‘Gloria Scott’
  5. Ritual Keluarga Musgrave
  6. Teka-Teki Reigate
  7. Lelaki Berbadan Bongkok
  8. Pesakit Jalan Brook
  9. Jurubahasa Yunani
  10. Perjanjian Perkapalan
  11. Masalah Terakhir

 

What's in the box

KOMBO SHERLOCK HOLMES mengandungi 3 buah buku iaitu:

1. The Adventures of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu

2. The Memoirs of Sherlock Holmes - Edisi Bahasa Melayu

3. Sherlock Holmes: The Hound of the Baskervilles - Edisi Bahasa Melayu

Anda mungkin berminatMore