Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM93.00
KOMBO Wanita Syurga
Price RM93.00
Product SKU kombo-wanita-syurga
Points Needed 9300
Availability In Stock
Quantity
Description

Aisyah Ummul Mukminin, Keanggunan Sejati

Dia seorang perempuan yang namanya disebut-sebut dan diagung-agungkan.

Betapa ramai yang kagum malah cemburu dengan takdir dan peluang yang Allah SWT kurniakan kepadanya.

Menjadi isteri kepada manusia agung, penyampai risalah kebenaran dan contoh terbaik rujukan manusia, Rasulullah SAW.

Menjadi wanita yang mahir dalam urusan agama dan bijaksana tutur bicaranya.

Menjadi mukminah yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi.

Sejati dan sempurna.

Contoh, ikutan dan rujukan umat Islam seluruh dunia.

Buku ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah RA. Ummul Mukminin yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasullullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda.

 

Srikandi-Srikandi yang Benar: Edisi Terkini

Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang.

Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah mereka, mengajar kita erti cinta.

Aminah: Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad s.a.w. Kisahnya mencoretkan erti-erti seorang isteri kepada suami, dan kasih seorang ibu kepada anak.

Fatimah: Puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada sang suami, tiada tandingan.

Rabiatul Adawiyah: Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya pulak adalah untuk renungan semua. 

Inilah kisah Srikandi-Srikandi yang Benar

Anda mungkin berminatMore