Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM58.00
Kombo Zaidi Ismail | Forensik Kewangan | CSI Kewangan
Price RM58.00
Product SKU KOMBO11
Brand Galeri Ilmu
Availability In Stock
Quantity
Description
Highlight

-Hantaran kahwin bukan ringgit tapi emas

-Hantaran kahwin kerata

-Hantaran kahwin rumah atas nama isteri

- Hantaran kahwin tabungan ASB

Beri hantaran yang boleh jadi asset bukan habis dalam masa sehari. 

Koleksi karya tulisan Tuan Zaidi Ismail. Memfokuskan tentang pengurusan kewangan yang praktikal dalam suasana ekonomi ketika ini. 

 

 

FORENSIK KEWANGAN RM30

Buku forensik kewangan. Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. 
 
Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
 
Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.
 
Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.

 

CSI KEWANGAN RM28

Pengurusan wang adalah seni. Malangnya, keseniannya semakin pudar. Kita menjadi semakin miskin setiap hari hanya kerana kita tidak mampu menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan aset kita dan memastikannya berkembang.

 

Pengurusan kewangan terbaik bermula sejak dari awal hidup kita. Ini bagi memastikan kita dapat menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kegagalan kita menguruskan aset dan memastikannya berkembang boleh menyebabkan kita menjadi semakin miskin setiap hari. Jadi, usah tunggu sesuatu perkara mencecah tahap tidak terkawal sebelum memikirkan cara untuk menguruskan sumber berharga kita ini.

 

Oleh itu, di dalam buku ini, penulis berkongsi pelbagai cara pengurusan kewangan bagi setiap tahap umur dan pada semua peringkat perjalanan hidup kita. Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan membantu anda mengatur hidup dengan lebih baik.

 

 

 

Tags: Kewangan
Anda mungkin berminatMore