Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM50.00
Sun Tzu: Art of Business | Ther Art of War (Edisi Bahasa Melayu) | PTS Preorder
Price RM50.00
Product SKU KOMBO-artofwar
Availability In Stock
Quantity
Description

Tarikh Terbit: 15 Oct 2021


1) Sun Tzu: Art of Business (Edisi Bahasa Melayu)

Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh. Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.


2) Sun Tzu: Art of War (Edisi Bahasa Melayu)

Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan. Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

Tags: Business
Anda mungkin berminatMore